Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Isham gesa Umno adakan perhimpunan agung khas bincang hala tuju

today17 August 2023

Background


Ahli MKT Isham Jalil berkata akar umbi akan semakin resah jika pimpinan Umno mendiamkan diri.

PETALING JAYA: Isham Jalil menggesa Umno mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi dan perhimpunan agung khas untuk membincangkan hala tuju parti.

Beliau berkata, sehingga kini MKT Umno belum lagi bersidang selepas hampir seminggu parti itu kalah teruk pada PRN 12 Ogos lalu.

“Akar umbi akan menjadi semakin resah jika kita di pimpinan parti mendiamkan diri dan tidak memberikan hala tuju yang jelas semasa krisis.

“Berada dalam sindrom penafian dan melengah-lengahkan masa supaya isu dilupa bukanlah pilihan yang baik untuk kita di kala ini,” katanya di Facebook.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post