
PETALING JAYA: Isham Jalil menggesa Umno mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi dan perhimpunan agung khas untuk membincangkan hala tuju parti.
Beliau berkata, sehingga kini MKT Umno belum lagi bersidang selepas hampir seminggu parti itu kalah teruk pada PRN 12 Ogos lalu.
“Akar umbi akan menjadi semakin resah jika kita di pimpinan parti mendiamkan diri dan tidak memberikan hala tuju yang jelas semasa krisis.
“Berada dalam sindrom penafian dan melengah-lengahkan masa supaya isu dilupa bukanlah pilihan yang baik untuk kita di kala ini,” katanya di Facebook.
BERITA LANJUT MENYUSUL
