Site icon Hot FM

Isham Jalil dipecat? | Free Malaysia Today (FMT)


Isham Jalil bersuara lantang mempertikaikan kepimpinan Umno yang bekerjasama dengan DAP pada pilihan raya.

KUALA LUMPUR: Isham Jalil dilaporkan dipecat sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, susulan kritikan hebatnya terhadap Presiden Zahid Hamidi dan kepimpinan parti.

Sumber berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MKT malam ini yang dipengerusikan Presiden Zahid Hamidi malam ini.

Menurutnya, antara kesalahan bekas ketua penerangan Umno itu termasuk mendesak Zahid meletak jawatan serta berdebat, mengeluarkan label barua DAP dan tidak hadir mesyuarat.

“Termasuk malam ini, sudah empat kali beliau tidak hadir,” katanya.

Setakat berita ini ditulis, tiada pengesahan atau pengumuman dibuat oleh Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

FMT telah cuba menghubungi Isham untuk mendapat maklum balasnya.

Terdahulu, Zahid dilaporkan mencabar Isham supaya hadir ke mesyuarat MKT malam ini, untuk membantah kerjasama dengan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version