
PETALING JAYA: Presiden Umno, Zahid Hamidi, berharap keadilan dapat ditegakkan bagi bekas naib presiden, Ismail Sabri Yaakob, yang berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Zahid mengingatkan pemberita tentang kesnya yang akhirnya menyaksikan beliau dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram.
“Apabila kes saya dibawa ke mahkamah walaupun pelbagai pihak melemparkan tuduhan dan sebagainya, akhirnya keadilan dapat ditegakkan.
“Saya harap perkara sama akan berlaku di mahkamah (dalam kes Ismail),” katanya lapor Berita Harian.
Zahid pada 4 Sept 2023 dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi, selepas 77 hari dibicarakan.
Semalam, Umno menegaskan ia tidak mempunyai…