Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ismail Izzani Terlibat Kemalangan Ketika Tunggang Motosikal Berkuasa Tinggi

today13 January 2024

Background

Penyanyi dan pelakon, Ismail Izzani berkongsi khabar duka apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya pada malam tadi.

Menerusi beberapa foto yang dikongsikan di Instastory miliknya, dia kelihatan menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Yamaha.

Malah, menerusi beberapa foto yang dikongsikan, pelantun lagu Kekal Ada itu dilihat mengalami kecederaan ringan di kedua-dua belah tangannya.

“Patah satu, tumbuh tiga. Hidup rider!,” tulisnya.

Bagaimanapun, Ismail kini difahamkan hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.

Written by: Salma


Previous post