Hot FM

Ismail jadi PM, jika BN menang PRU15, kata Johari



Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Johari Ghani membidas mereka yang cuba melaga-lagakan pemimpin BN. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Johari Ghani menegaskan Ismail Sabri Yaakob akan menjadi perdana menteri, jika Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum ke-15.

Beliau mengkritik lawan gabungan itu kerana mendakwa “satu undi untuk BN adalah satu undi untuk Zahid sebagai perdana menteri”, merujuk dakwaan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menyasarkan jawatan tertinggi itu.

“Ada yang mendakwa kalau undi Datuk Jo, akan dapat Zahid sebagai perdana menteri, sedangkan MKT Umno telah bersuara mengatakan inilah perdana menteri BN, Datuk Seri Ismail Sabri.

“Ini bukan saya yang cakap. Ini yang cakap adalah seluruh MKT Umno, sebelum Parlimen dibubarkan dan dicakap sekali lagi oleh Zahid.

“Masih lagi puak-puak ini, sebab dah tak ada modal, dia nak laga-lagakan pemimpin BN dengan pemimpin BN lain,” katanya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version