Site icon Hot FM

Ismail masih ketua Umno Bera


Bekas perdana menteri itu yang tidak mempertahankan jawatan naib presiden Umno, mengucapkan selamat bertanding kepada semua calon.

Ismail Sabri Yaakob (kiri) bersalaman dengan ahli Umno di Bera, Pahang sebelum cabutan undi bagi pemilihan Umno bahagian itu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ismail Sabri Yaakob kekal mengetuai Umno Bahagian Bera untuk penggal 2023-2026.

“Saya mengucapkan terima kasih kerana tiada pertandingan untuk jawatan ketua Umno Bahagian Bera,” katanya dalam catatan di Facebook.

Beliau berkata, jawatan naib ketua bahagian, ketua dan naib ketua Wanita bahagian, ketua dan naib ketua Pemuda serta naib ketua Puteri bahagian juga menang tanpa bertanding.

“Saya ingin mengucapkan selamat bertanding kepada semua calon,” katanya yang tidak mempertahankan jawatan naib presiden Umno dalam catatan Facebook.

Terdahulu, Ismail dilaporkan berkata, beliau tidak mempertahankan jawatan naib presiden bukan kerana merajuk, sebaliknya ia konsisten dengan pendirian semua…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version