
PETALING JAYA: Ismail Sabri Yaakob, Muhyiddin Yassin dan Anwar Ibrahim adalah tiga pemimpin yang dilihat mempunyai ketokohan, kualiti, karisma dan daya tahan untuk memimpin negara, kata bekas timbalan perdana menteri Musa Hitam.
Musa berkata, ketika-tiga pemimpin itu dilihat mampu menerajui negara dan mengharungi cabaran masa kini.
“Dalam keadaan dunia yang mencabar sekarang ini, negara kita, sangat-sangat memerlukan kepimpinan taraf dunia.
“Pada masa kini, negara kita sangat kekurangan pemimpin yang mampu berdepan dengan pelbagai cabaran dunia kini. Malaysia sangat perlu pemimpin berkualiti, berpengalaman dan tabah berani dalam menghadapi apa jua cabaran yang datang.
“Waktu sekarang nampaknya memang kita alami kekurangan pemimpin yang boleh dikatakan ‘top class’. Saya nak buat satu…