
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob untuk kali keenam hari ini.
Ismail yang Ahli Parlimen Bera tiba di Ibu Pejabat SPRM pada 9.54 pagi.
Agensi antirasuah itu sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya menyoal siasat bekas perdana menteri itu sebagai suspek dalam siasatan terhadap empat bekas pegawai kanannya.
Beliau pertama kali dipanggil untuk soal siasat pada 19 Feb, sembilan hari selepas mengisytiharkan hartanya kepada SPRM.
Bekas naib presiden Umno itu disoal siasat oleh SPRM sebagai suspek berhubung siasatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan empat pegawai kanannya.
SPRM sebelum ini berkata kira-kira RM170 juta wang tunai dan 16kg jongkong emas bernilai jutaan ringgit dirampas dalam serbuan di kediaman empat pegawai terbabit, dan tiga premis lain yang dipercayai digunakan sebagai ‘safe house’.
Semalam Ketua…