Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor

today23 February 2025

Background


ismail sabri yaakob
Keadaan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan stabil selepas dimasukkan ke hospital semalam.

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital, menurut Setiausaha Akhbarnya Azran Fitri Abdul Rahim.

“Keadaan beliau okey cuma tekanan darah turun naik. Jadi, beliau memerlukan pemantauan rapi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Azran Fitri berkata pihak hospital tidak membenarkan Ismail menerima pelawat kecuali ahli keluarga buat sementara waktu sehingga kesihatannya kembali pulih.

Ahli Parlimen Bera itu dimasukkan ke hospital selepas pengsan di kediamannya awal pagi semalam.

Ismail dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Masai, Holloway bawa momentum Paris 2024

New York: Dua pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris tahun lalu, Masai Russell dan Grant Holloway, muncul juara di Kejohanan Dalam Dewan Trek dan Padang Amerika Syarikat (USATF) 2025 yang berlangsung di Staten Island, New York.

today23 February 2025