Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

ISN tubuh Klinik Kesihatan Wanita pertama

today17 October 2023

Background


Hannah Yeoh (dua dari kanan) melawat atlet sedang menerima rawatan di Klinik Kesihatan Wanita di Institut Sukan Negara Bukit Jalil hari ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Institut Sukan Negara (ISN) mewujudkan Klinik Kesihatan Wanita pertama sebagai inisiatif menangani isu kesihatan atlet wanita di Pusat Perubatan Sukan Negara, ISN.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata klinik itu diwujudkan susulan maklum balas diterima menerusi sesi “townhall” dikendalikan bersama atlet wanita negara pada Ogos lepas.

“Ketika sesi ‘townhall’ itu, atlet wanita menyuarakan pendapat yang saya anggap penting untuk kita selesaikan.

“Ada antara mereka memberitahu mengalami kesakitan setiap bulan dan tiada doktor wanita atau pakar obstetrik dan ginekologi di sini yang boleh memberi nasihat kepada mereka, dan terpaksa beratur di hospital luar menunggu janji temu,” katanya selepas membuat lawatan ke klinik itu.

Beliau berkata masalah itu menyebabkan waktu latihan mereka terganggu,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post