Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Istana N Sembilan terima menghadap Ismail, belum sahkan peletakan jawatan

today17 November 2026

Background


DATUK ISMAIL LASIM
Adun Juasseh Ismail Lasim yang dikatakan telah meletakkan jawatan sebagai menteri besar semalam, telah diperkenankan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Jumaat ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Istana Negeri Sembilan masih belum mengesahkan peletakan jawatan Adun Juasseh Ismail Lasim sebagai menteri besar, meskipun perkara itu diumumkan Barisan Nasional (BN) malam tadi.

Pengelola Bijaya Diraja memaklumkan surat peletakan jawatan itu hanya dihantar ke Istana Hinggap di Seremban pada 12.16 tengah malam tadi oleh seorang individu bernama Hamidi, yang mendakwa mewakili firma guaman Shahrul Hamidi & Haziq.

Menurutnya, peletakan jawatan Ismail perlu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan baginda.

Beliau turut mendedahkan bahawa Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah bersetuju untuk menerima menghadap Ismail dan pemimpin Umno itu dimaklumkan mengenainya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Tidak adil gantung Owono 12 perlawanan

Madrid: Pemegang saham majoriti FC Andorra, Gerard Pique menyifatkan hukuman penggantungan 12 perlawanan terhadap penjaga gol, Jesus Owono susulan insiden perlanggaran yang mengorbankan penyerang Tenerife, Jesus de Miguel sebagai tidak adil.

today17 November 2026