Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Isteri Azlan Komeng Sahkan Ira Kazar Masih Bahagia Dengan Syamsul Yusof

today4 November 2023

Background

Isteri kepada pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam Ortiz mengesahkan status rumah tangga sahabat baiknya, Ira Kazar dan pengarah sensasi Syamsul Yusof masih bergelar pasangan suami isteri.

Memetik lapotan mStar, Nilam mengakui terkejut dan terus menghubungi Ira sebaik sahaja mendengar gosip dakwaan rumah tangga mereka terlerai.

Nilam berkata Ira menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan rumah tangganya kini sedang bahagia, tiada bayangan mahu bercerai seperti yang tular baru-baru ini.

β€œDia jarang bercakap dengan saya mengenai isu hal rumah tangga ini dengan saya, lebih banyak bercerita dengan Azlan, disebabkan ramai sangat bertanya jadi saya minta suami tanyakan.

β€œMemang tiada isu cerai, saya pun baru saja hubungi Ira sebelum temubual ini untuk dapatkan kepastian. Dia cakap tiada pun isu cerai ini,” katanya.

Malah, Nilam juga berkata Syamsul menghantar Ira ke rumahnya dan mereka tampak sangat bahagia dalam perkahwinan mereka cuma tidak berkongsi di khalayak umum.

β€œSemasa dia datang rumah saya hari itu pun Syamsul datang sekali cumanya dia tinggal Ira di rumah saya la dan dia keluar ke tempat lain.

β€œSaya lihat mereka Alhamdulilah bahagia, cuma mereka tak post di media sosial… ya la sebab kena kecam kan siapa je nak post,” katanya.

Sebelum ini, heboh di media sosial apabila nama Ira dan Syamsul menjadi tumpuan ramai mendakwa mereka sudah bercerai menerusi WhatsApp serta dihalau daripada rumah.

Penjelasan Nilam ini mengesahkan hubungan mereka masih utuh sebagai suami isteri yang sah.

Sekadar info, Ira dan Syamsul mendirikan rumah tangga di Thailand pada 6 Januari lalu.

Manakala Syamsul dan bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana bercerai talak satu pada 13 Jun di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:Β Timbul Dakwaan Syamsul Yusof Ceraikan Ira Menerusi WhatsApp, Kazar Saisi Bagi Jawapan Ringkas Beserta Sekeping Foto

Sumber: mStar

Written by: Salma