Hot FM

Isteri cedera ditendang kerana minta cerai



Polis berkata suspek berang isterinya minta cerai, bertindak menendang mangsa di bahagian paha dan pinggang mangsa sebanyak dua kali.

PETALING JAYA: Seorang lelaki dipercayai menendang isterinya hingga cedera kerana berang selepas wanita itu mengajaknya ke mahkamah syariah untuk memfailkan perceraian dalam kejadian di Taman Uda Ampang semalam.

Akibat kejadian itu, mangsa yang juga seorang guru tadika berusia 30 tahun cedera di paha dan pinggang.

Ketua Polis Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa pada mulanya ke rumah ibu mertuanya pada jam 10.30 pagi untuk bertemu dengan suaminya yang berusia 29 tahun.

“Mangsa berjumpa dengan suaminya sebelum mengajak suspek untuk pergi ke mahkamah bagi tujuan memfailkan perceraian.

“Suspek yang tidak berpuas hati dan naik berang dengan sikap isteri terus menendang mangsa di bahagian paha dan pinggang mangsa sebanyak dua kali,” katanya dalam kenyataan.

Farouk berkata, susulan itu, polis menahan suspek…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version