Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Isteri Daim dapat pasport sementera ke Switzerland, Singapura

today7 June 2024

Background


Pada 23 Jan, Na’imah Abdul Khalid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan gagal mematuhi notis mengisytiharkan harta.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, Na’imah Abdul Khalid, bagi mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara untuk ke Basel, Switzerland dan Singapura.

Hakim Azura Alwi membenarkan permohonan itu selepas peguam M Puravalen mewakili Na’imah memaklumkan, anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 30 Jun dan ia tidak dibantah oleh pihak pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin mengesahkan perkara itu.

Berdasarkan afidavit sokongan permohonan itu yang diperoleh media, Na’imah berkata beliau perlu ke Basel, Switzerland untuk menghadiri pameran seni Art Basel dari 10 hingga 16 Jun selain perlu berada di Singapura untuk bertemu pihak berkepentingan dalam syarikatnya, berkaitan kerja.

“Alasan pemilihan tempoh ini adalah semata-mata…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post