Isteri kepada penyanyi dan komposer Ippo Hafiz, Fara Roslan mendedahkan bahawa suaminya itu tidak memberi kerjasama yang baik bila ditanya soal anak bongsunya yang berusia dua tahun.
Menerusi perkongsiannya di Instagram Stories (IGS), Fara menyatakan Ippo tidak menjawab dan membalas panggilan ketika dihubungi.
“Call tak jawab. Text tak reply. Jumpa depan pun tak layannn.. communication failed.
“Macam mana nak bincang selesai cara baik kalau dah macam ni… kita tanya anak je pun jawab laaaa,” tulisnya.
Malah, menerusi video yang dimuat naiknya itu memperlihatkan bahawa penyanyi itu tidak melayan pertanyaan isterinya itu dan terus berlalu pergi.
Untuk rekod, Fara dan Ippo berkahwin pada 24 Ogos 2019.
Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Yusof Zarin Nur, 4, dan Ibrahim Afi Nur, 2.
Namun begitu, selepas rumah tangga mereka dilanda konflik, anak sulung tinggal bersama Fara manakala anak bongsu dibawah jagaan Ippo.
Artikel Berkaitan: “Saya Tak Nak Bercerita Lebih, Bimbang Jadi Aib” – Ippo Hafiz Elak Komen Isu Halang Isteri Jumpa Anak Bongsu
Artikel Berkaitan: Ippo Hafiz Nafi Dakwaan Isteri Larang Bertemu Anak – “Lindungilah Maruah Suami”
Artikel Berkaitan: “Sehingga Kini Saya Masih Jaga Aib Isteri & Keluarga” – Didakwa Bawa Lari Anak Bongsu, Ini Penjelasan Ippo Hafiz
Artikel Berkaitan: Fail Tuntutan Nusyuz Terhadap Isteri, Ippo Hafiz Anggap Ramadan Ini Paling Mencabar… Mohon Doa Urusan Dipermudahkan