Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Isteri Fizo Omar Kecewa Dengan Tindakan Doktor Ketika Mendapatkan Rawatan

today13 December 2023

Background

Isteri kepada Fizo Omar, Fazeera Nazri meluahkan rasa kecewanya apabila tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh seorang doktor ketika mendapatkan rawatan baru-baru ini.

Menurut Fazeera, dia telah memaklumkan kepada doktor berkenaan mengenai simptom yang dialaminya termasuklah, mengalami sakit kepala yang melampau sejak lima hari sehingga badan menggigil dan juga turut mengalami sakit sendi.

Bagaimanapun, pihak berkenaan tidak melakukan pemeriksaan secara teliti, bahkan hanya memberikannya ubat migrain.

“Saya pergi ke klinik dua hari lalu dimana saya tidak benar-benar ditanya tentang sejarah perubatan, tanda dan juga simptom yang saya alami.

“Tapi doktor tersebut hanya bagi saya ubat migrain. Saya setengah mati bagitahu yang saya bertarung dengan sakit kepala yang sangat melampau. Saya hampir tidak boleh tidur, menggigil dan mengalami sakit sendi.

“Dia pula hanya memandang saya dan berkata nadi awak laju dan saya akan berikan awak ubat migrain sahaja,”katanya.

Perkara itu dikongsi Fazeera menerusi hantaran di Instagram story miliknya.

Tidak berpuas hati dengan sikap doktor tersebut, Fazeera bagaimanapun terpaksa mendapatkan rawatan kali kedua untuk mengetahui sakit yang dialaminya.

Malah, lebih mengejutkan, selepas ibu kepada dua cahaya mata itu menjalani pemeriksaan lengkap, doktor mengesahkan Fazeera telahpun disahkan mengalami simptom Influenza.

“Orang yang saya boleh percaya untuk melakukan pemeriksaan ini adalah doktor. Malangnya, saya berasa ragu-ragu jadi saya terpaksa mendapatkan rawatan di hospital lain dan lebih mengejutkan saya telah disahkan positif Influenza.

“Bayangkan kalau saya tidak mengambil inisiatif untuk mendapatkan rawatan di hospital lain dan hanya pulang ke rumah dengan ‘ubat migrain’.

“Tolong ini adalah untuk semua orang di dunia ni. Lakukan tugas anda sebaiknya! Your big why is patients. Mereka adalah sebab kenapa anda dipelrukan di dunia ini,”8jelasnya.

Written by: Salma


Previous post

Sukan

Beli tiket RM70, tapi duduk di tangga simen

Kuala Lumpur: Ramai peminat yang menyaksikan final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Jumaat lalu, mendakwa membeli tiket mahal, tetapi menjadi mangsa pengurusan stadium yang longgar.

today13 December 2023