

Penyandang DUN Juasseh Bibi Sharliza Mohd Khalid tidak dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi itu pada PRN Negeri Sembilan, 1 Ogos depan.
Kerusi disandang isteri bekas menteri besar Negeri Sembilan, Isa Samad, itu akan ditandingi Ismail Lasim yang dipindahkan dari DUN Senaling.
Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan mengumumkan Qayyum Abd Jalilb bertanding di kerusi itu.
Ismail memenangi kerusi Senaling pada PRN Negeri Sembilan 2023 dan kini diberi tanggungjawab mempertahankan Juasseh bagi Barisan Nasional (BN).
Pada PRN lalu, Bibi Sharliza menang tipis dengan majoriti 78 undi selepas memperoleh 4,549 undi.
Beliau menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Eddin Syazlee Shith, yang meraih 4,471 undi dalam pertandingan sengit bagi kerusi berkenaan.