
Dalam kehidupan berumah tangga, kesetiaan sering diuji dengan pelbagai cara. Ada yang diuji dengan kemiskinan, ada yang diuji dengan kehadiran orang ketiga.
Namun, bagi seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun yang memegang jawatan pengurus di sebuah syarikat public listed, ujiannya hadir dalam bentuk yang cukup tidak disangka iaitu permainan video Roblox.
Dengan pendapatan bulanan mencecah RM9,000 dan bonus tahunan yang lumayan, lelaki ini merupakan seorang