Menerusi perkongsian tersebut, seorang lelaki telah meluahkan rasa kesalnya terhadap isterinya selepas sahaja dimasukkan ke hospital.
Perkara itu berlaku selepas dia melihat isterinya yang juga seorang suri rumah pengsan menerusi CCTV rumah mereka. Dia terus pulang dan membawa isterinya mendapatkan rawatan.
Namun, isterinya telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan direhatkan. Doktor memberitahu pembuluh darah di kepala isterinya pecah akibat stres dan penat bekerja seharian.
Malah, dia juga menyesal kerana tidak mendengar rintihan isterinya yang memberitahu penat menguruskan anak-anak.
“Ye, aku tak nafikan wife aku pernah cakap dia penat uruskan anak-anak, tapi aku cakap sikit je tu. Budak-budak nak membesar memang buas sikit. Bersalahnya aku dekat dia.
“Aku harap wife aku sedar. Tiap kali aku jumpa dia, aku merayu aku menangis minta maaf. Aku rindu dia. Banyak sangat salah aku dekat dia. Kau bayangkan, nak bancuh susu anak pun aku tak tahu berapa oz sebab selama ni dia…