Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Isteri Naz Rahman Kesal, Ibu Diherdik Lepas Tegur Geng Remaja Lelaki Di Koc Wanita KTM

today2 September 2024

Background


Menerusi posting di Instagram milik Sheahnee Iman Lee, dia berkongsi kejadian di mana ibunya yang merupakan seorang warganegara Australia, menaiki KTM dan duduk di bahagian koc wanita dari Kuala Lumpur ke Klang.

Ketika dalam perjalanan, ibunya yang berusia 72 tahun bertindak menegur sekumpulan remaja lelaki yang selamba duduk di bahagian koc wanita tersebut.

Namun, apa yang membuatkannya kecewa adalah apabila mereka menjawab dengan kasar tanpa rasa hormat langsung kepada warga emas itu.

Malah, mereka dengan bangga berkata “Kami orang Malaysia! Ini negara saya!”. Mereka juga mengajak lebih ramai ‘geng’ untuk masuk ke koc tersebut dan mendatangkan kerisauan kepada penumpang wanita lain.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post