Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Isteri Nik Aziz tidak restu anak bertanding selain PAS

today17 November 2022

Background



Tuan Sabariah Tuan Ishak berkata beliau dan arwah suami mendidik anak-anak sejak kecil supaya istiqamah dengan perjuangan Islam bersama PAS. (Gambar Facebook)

KOTA BHARU: Isteri Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Sabariah Tuan Ishak mendedahkan beliau tidak pernah merestui mana-mana anaknya bertanding dalam pilihan raya melainkan atas tiket PAS.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada anaknya, Nik Omar yang bertanding di Parlimen Pasir Salak atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Dalam kenyataan yang dikongsikan di Facebook PAS pusat, Tuan Sabariah berkata, beliau dan arwah suami sudah mendidik anak-anak sejak kecil supaya istiqamah dengan perjuangan Islam bersama PAS.

β€œSaya tidak pernah merestui mana-mana anak saya bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecuali di atas tiket PAS.

β€œAlmarhum Tuan Guru dan saya sudah mendidik anak-anak sejak kecil supaya kekal Istiqamah dengan perjuangan Islam bersama PAS,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Podcast

Bisikan Kerajaan Langit

Sara, seorang wartawan bermula menyiasat suatu insiden yang pelik apabila influencer, Ryan Durden menyiarkan pencerobohan haramnya di perkarangan Kerajaan Langit yang sudah lama ditinggalkan. Ryan menemui pita kaset dengan rakaman luar biasa di dalam tiga rumah anak patung kayu. Siapa yang merakam kaset itu dan apa matlamatnya? Dalam penyiasatannya, Sara disertai oleh pelbagai pihak termasuk Salmah seorang penghuni perkampungan Kerajaan Langit dan Inspektor Yusuf, seorang pegawai polis dengan cita-cita yang […]

today17 November 2022