Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Isteri Remy Ishak Hamil Anak Pertama? Netizen Dakwa Nampak Baby Bump

today6 March 2023

Background

Isteri kepada pelakon popular Remy Ishak, Ezza Yusof, 39,  didakwa kini hamil apabila segelintir netizen mendakwa melihat dengan jelas baby bumpnya menerusi salah sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Menerusi video tersebut, Ezza dilihat sedang memakai baju berwarna kelabu sambil memperagakan kasut jenama miliknya, namun perubahan pada bahagian perutnya itu jelas kelihatan.

Malah, dakwaan kononnya Ezza kini sedang berbadan dua dikuatkan lagi apabila ramai pengikutnya membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah.

 

Sebelum ini, Remy tampil menafikan dakwaan yang menyatakan isterinya itu kini sedang hamil.

Meskipun begitu, dia tetap positif dan berharap orang ramai dapat mendoakan agar mereka dimurahkan rezeki untuk memiliki cahaya mata dengan segera.

 

Written by: Salma


Previous post