Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Isteri Yonnyboii Berbadan Dua, Berat Badan Hilang Sehingga 10kg

today13 March 2023

Background

Penyanyi rap popular, Yonnyboii mengesahkan isterinya yang juga pempengaruh media sosial, Nik Nazira Narriman kini hamil.Perkara itu dikongsi pasangan ini menerusi hantaran di Instagram mereka pada Ahad.

“Sudah berbulan-bulan kami menyembunyikan mengenai perkara ini dan kini saya mahu berkongsi tentang kehamilan saya yang tinggal beberapa bulan dengan anda semua.

“Alhamdulillah, tak lama lagi kami akan menjadi mommy dan daddy. Doakan semoga Allah permudahkan perjalanan kami dan bayi (Walaupun saya kurang berkongsi mengenai perkara ini tapi yang paling penting adalah keselamatan baby),” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝐍 𝐈 𝐊 𝐈 𝐑 𝐀 (@niknazira)

 

Memetik laporan mStar, Nazira, 24, mengaku usia kandungannya kini sudah mencecah lima bulan dan sepanjang tempoh tersebut dia juga turut mengalami alahan teruk termasuklah ‘morning sickness’ sehingga berat badannya susut sebanyak 10 kilogram.

“Saya tidak mengidam benda pelik-pelik, cuma alami morning sickness yang teruk dan berat badan susut sehingga 10 kilogram.

“Tapi sekarang semuanya kembali normal dan saya juga boleh bekerja seperti biasa,” katanya.

Gementar dalam masa sama berasa teruja menyambut kelahiran bayi sulungnya, Nazira mengaku banyak menerima nasihat daripada adik-beradiknya yang lain.

“Adik-beradik yang lain semuanya sudah memiliki anak sendiri. Mereka banyak beri nasihat dan kami hanya dengar dan utamakan keselamatan bayi dalam kandungan,” jelasnya.

Sekadar info, Yonnyboii dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021 dalam sebuah majlis pernikahan sederhana yang hanya dihadiri seramai 20 orang ahli keluarga terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Belum Bersedia” – Hampir Setahun Bergelar Suami Isteri, Yonnyboii Mengaku Tidak Sanggup…

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Rancang Soal Anak, Yonnyboii & Nazira Akui Bersedia Jadi Ibu Bapa Muda – “Kalau Boleh Memang Nak Ada…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Tegurlah Baik-Baik Agar Dapat Pahala… Kalau Maki Anda Yang Berdosa” – Isu Free Hair, Isteri Yonnyboii Terima Teguran Secara Positif

Sumber: Instagram, mStar

Written by: Salma


Previous post