Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Istiadat Pertabalan: PM sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17

today20 July 2024

Background


Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 berlangsung hari ini, di Balairung Seri Istana Negara. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim merafak sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pertabalan yang berlangsung hari ini.

“Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Duli Tuanku serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara ini,” katanya menerusi catitan Facebook.

Perdana menteri mewakili seluruh rakyat Malaysia juga menzahirkan ketaatan dan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada institusi Raja Berperlembagaan.

Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 berlangsung di Balairung Seri Istana Negara hari ini, dan dihadiri ratusan tetamu termasuk Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Jemaah Menteri, komuniti diplomatik asing, dan pemimpin utama…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Greenwood mahu buka buku baharu

Marseille: Penyerang Inggeris, Mason Greenwood berkata dia hanya mahu melihat ke hadapan apabila dia ditanya pada sidang akhbar pertamanya di Marseille mengenai kekecohan yang ditimbulkan ketika ketibaannya di kelab itu.

today20 July 2024