Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Isu 1MDB makin pudar, inflasi jadi kebimbangan utama pengundi

today17 November 2022

Background



Mereka yang akan menang pada pilihan raya umum Sabtu ini terpaksa berdepan dengan kelembapan ekonomi.

KUALA LUMPUR: Pilihan raya umum di Malaysia semakin hampir, dengan hampir seribu calon daripada berpuluh parti cuba memenangi hati dan fikiran 21 juta pengundi.

Ketika ramai sedang bergelut untuk membeli keperluan makanan di tengah-tengah inflasi, pengundi mencari parti mana yang paling meyakinkan dalam menjanjikan kestabilan ekonomi dan harga.

Namun pelbagai faktor lain juga menjadi taruhan dalam persaingan merebut 222 kerusi Parlimen, termasuk untuk menamatkan kekacauan politik yang melanda negara sejak empat tahun lalu.

Barisan Nasional yang memerintah berharap untuk memperoleh majoriti yang jelas dan menebus dirinya berikutan kekalahannya dalam pilihan raya 2018, apabila ia ditumbangkan selepas enam dekad berkuasa kerana skandal 1MDB.

Empat tahun dan tiga kerajaan kemudian, skandal rasuah berbilion dolar itu diketepikan dalam acara kempen pilihan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Bloomberg