Hot FM

Isu agama, perkauman tak perlu dibangkit di Sarawak, kata calon PAS



Calon PAS di Beting Maro Arifiriazul Paijo menegaskan isu membabitkan taraf hidup lebih penting kepada rakyat Sarawak.

KUCHING: PAS berusaha meyakinkan pengundi di Sarawak bahawa parti itu lebih menumpukan perhatian dalam meningkatkan taraf hidup daripada menyebarkan mesej agama.

Arifiriazul Paijo, calon tunggal parti itu dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang, memberitahu FMT tiada sebab untuk membangkitkan isu agama atau perkauman kerana asimilasi silang yang sudah baik antara kepelbagaian komuniti di negeri itu, tidak seperti di Semenanjung Malaysia.

Beliau mengulas luahan kebimbangan orang bukan Islam di negeri itu terhadap perkembangan di Kedah pimpinan PAS, di mana kedai 4D diharamkan dengan berkesan dan sekatan terhadap penjualan arak telah dikenakan.

Arifiriazul yang bertanding di Beting Maro itu berkata, isu membabitkan taraf hidup lebih penting kepada rakyat negeri itu.

Beliau juga berkata PAS bukan lagi asing di kawasan DUN Beting Maro,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version