
PETALING JAYA: Ketua Perikatan Nasional (PN) Sabah Ronald Kiandee mendesak Putrajaya menyahklasifikasikan dokumen perjanjian persempadanan maritim ditandatangani dengan Indonesia pada Jun lalu bagi merungkai isu Ambalat.
Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata tindakan itu wajar untuk menjawab sama ada Triti Laut Sulawesi ditandatangani Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Joko Widodo, tidak membabitkan blok Ambalat.
Menurutnya, ia juga dapat menghentikan spekulasi serta kebimbangan rakyat berhubung sempadan separa laut wilayah antara dua negara di Laut Sulawesi seperti yang dikatakan oleh kerajaan.
“Blok Ambalat iaitu kawasan seluas 15,000 km persegi di tengah-tengah wilayah pertikaian di luar pantai Sabah ini mengandungi sumber minyak mentah terbesar di dunia dan telah dipertahankan oleh Malaysia…