Hot FM

Isu bebanan kerja guru akan dikaji MPPK, kata menteri



Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ketika ditemui media selepas membuat tinjauan di SK Jalan Kebun dan SMK Jalan Kebun, Seksyen 32 Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM: Isu bebanan kerja guru akan menjadi antara tumpuan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK), kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, tanggungjawab mengkaji perkara itu akan diberikan kepada majlis berkenaan yang sebelum ini diumumkan akan diaktifkan semula tidak lama lagi.

“(Isu) bebanan guru, saya dah umumkan sebelum ini. Kita akan berikan tanggungjawab itu kepada Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan,” katanya.

Fadhlina memaklumkan perkara itu kepada media ketika ditemui selepas meninjau hari pertama persekolahan di SK Jalan Kebun dan SMK Jalan Kebun.

Pada 15 Dis lalu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menggesa kerajaan agar segera mewujudkan jawatankuasa khas bagi mengkaji semula beban tugas guru.

Presidennya, Aminuddin Awang berkata,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version