Hot FM

Isu BPT, biar menteri sahaja jawab, kata Azman


Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras Azman Mahmood berkata, lebih baik menteri yang mengulas soal BPT dalam pasaran agar jawapannya konsisten. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras Azman Mahmood enggan mengulas dakwaan pihaknya “takut” untuk mengambil tindakan sehingga menyebabkan berlaku masalah kekurangan beras putih tempatan (BPT) dalam pasaran, sebaliknya mahu membiarkan menteri menjawab perkara itu.

Azman berkata, pihaknya tidak perlu menjawab Pengerusi Task Force Pemantauan (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abd Fasal berhubung perkara itu.

“Biarlah beliau (Syed Abu Hussin Hafiz) buat komen. Bagi saya, biar menteri saja yang jawab … konsisten,” katanya merujuk Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, lapor Berita Harian.

Syed Abu Hussin Hafiz dilaporkan berkata semalam, Naccol percaya tidak timbul isu sabotaj pengedaran bekalan beras di negara ini jika…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version