
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan isu waktu daftar masuk dan daftar keluar hotel yang sedang tular di media.
Menterinya, Tiong King Sing, berkata isu itu telah menarik perhatian orang ramai dan pihak berkepentingan.
Beliau menjelaskan bahawa mesyuarat ini bertujuan membincangkan isu tersebut secara menyeluruh dan mencari penyelesaian yang adil tanpa membebankan pelanggan.
“Keutamaan saya adalah memastikan amalan dan polisi hotel selari dengan kepentingan pengguna, sambil menjamin kelangsungan industri perhotelan yang berdaya saing dan mampan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau yang kini mewakili negara di persidangan United Nations World Tourism Organization (UNWTO) turut menyatakan komitmen…