Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Isu Cium, Meerqeen Akhirnya Mohon Maaf

today6 September 2022

Background

Susulan isu mencium pelawak terkenal Indonesia Kiky Saputri, pelakon Meerqeen membuat kenyataan permohonan maaf mengenai kontroversi yang berlaku di Jakarta, Indonesia pada Ogos lalu.

β€œSaya minta maaf atas apa yang berlaku di Jakarta, Indonesia,” kata Meerqeen.

Memetik laporan Harian Metro, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 21, menyatakan bahawa dia akan lebih berhati-hati dan belajar daripada kesilapan tersebut.

β€œSudah tentu saya akan lebih berhati-hati selepas ini. Saya tahu kita berada di Malaysia, jadi saya akan hati-hati,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, pelakon Melur Untuk Firdaus itu turut menafikan bahawa kontroversi tersebut menganggu dirinya sehingga terpaksa mengambil masa untuk membuat kenyataan kepada media.

β€œIa tak menganggu saya. Saya jenis fokus pada kerja, diri sendiri dan keluarga. Jadi, saya fikir ia tak kacau pun. Saya tahu apa saya nak,” luahnya kepada Harian Metro.

Meerqeen juga memaklumkan bahawa pihak pengurusannya menunggu masa yang sesuai untuk menjawab mengenai insiden yang berlaku di Jakarta.

β€œCuma apa yang berlaku di Jakarta itu pihak pengurusan saya akan menjawab. Tunggu masa sesuai,” ujarnya kepada Harian Metro.

Terdahulu, tular sebuah video yang memperlihatkan Meerqeen mencium pelawak terkenal Indonesia, Kiky Saputri ketika menghadiri sebuah program hiburan pada bulan lalu telah menarik perhatian wargamaya dan menganggap tindakan tersebut keterlaluan.

Sumber: Harian Metro

Written by: Aqilah


Previous post