Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Isu Dengan Puteri Balqis: Warganet Serang Akaun Media Sosial Mia Sara, Desak Mohon Maaf

today23 January 2026

Background

Pada Khamis malam, industri hiburan digemparkan dengan hantaran milik pelakon, Puteri Balqis yang secara terbuka telah mendakwa selebriti, Mia Sara ‘berselindung’ disebalik topeng yang baik, sebaliknya dituduh pernah memfitnahnya.

Meskipun Mia atau nama lengkapnya, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 21, masih memilih untuk berdiam diri, namun rata-rata netizen mula ‘berkampung’ di media sosial miliknya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, netizen menyeru agar Mia tampil secara bersemuka dengan Puteri Balqis bagi menjernihkan keadaan yang semakin hangat menjadi perbualan ramai ini.

Artikel Berkaitan: “Kami Diam Bertahun, Kau Ingat Aku Lupa?” – Puteri Balqis Akhirnya Bersuara, Dakwa Difitnah & Diperangkap Mia Sara

Tidak kurang juga ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa kesal terhadap Mia atas tindakannya yang didakwa oleh Puteri Balqis itu.

Isu tersebut mula tercetus selepas tular sebuah video menunjukkan Mia Sara menangis teresak-esak mendakwa dirinya tidak pernah dipandang sebagai pelakon yang berbakat.

Artikel Berkaitan: “Kami Tak Dapat Nak Ubah Size & Wajah Kami” – ‘Stuck’ Dicop Pelakon Kanak-Kanak, Sweet Qismina Simpati Nasib Mia Sara

Written by: Aqilah