
KUALA LUMPUR: Desakan bekas pemimpin DAP Pulau Pinang P Ramasamy supaya Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh meletak jawatan berhubung isu pemberian kontrak kerajaan negeri Selangor kepada suaminya adalah bersifat tidak adil.
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching berkata tindakan bekas timbalan ketua menteri II Pulau Pinang itu jelas menunjukkan sikap berpura-puranya selepas keluar daripada parti itu.
Beliau mempersoalkan tindakan Ramasamy yang tidak melakukan gesaan sama apabila bekas setiausaha agung yang kini Pengerusi DAP, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah.
Teo yang juga setiausaha publisiti DAP Kebangsaan berkata demikian bagi menjawab gesaan Ramasamy supaya Yeoh meletak jawatan atas dakwaan kontrak projek rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh kerajaan Selangor diberikan kepada syarikat suaminya secara rundingan…