Baru-baru ini, isu mengenai gelaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ palsu melibatkan beberapa pasangan selebriti popular tanah air hangat diperkatakan.
Bahkan, individu yang dikenali sebagai Aliff Ahmad sebelum ini mendakwa, hasil semakan di portal rasmi Darjah Kebesaran iaitu Istiadat mendapati nama Datuk Kaiser Gurmeet Abdullah yang juga suami kepada pelakon, Eina Azman dan Datuk Zhafran Md Yusof, suami kepada pelakon Fouziah Gous turut tidak tersenarai dalam rekod istiadat.
Susulan kes tersebut, pihak media cuba untuk mendapatkan kenyataan balas berhubung gelaran palsu daripada kedua-dua selebriti ini.
Bagaimanapun, usaha tersebut gagal.
Memetik laporan Harian Metro, Fouziah dan Eina gagal dihubungi apabila mesej dan panggilan telefon tidak dibalas serta dijawab.
Manakala, meninjau di ruangan Instagram Story milik Fouziah, dia kini dilihat berada di Johor Bharu bagi menghadiri Festival Islam Dan Halal yang diadakan di negeri itu sejak beberapa hari yang lalu.
Terdahulu, kontroversi melibatkan isu gelaran palsu ini tular selepas individu sama mendakwa nama dan gelaran yang dimiliki oleh suami kepada penyanyi, Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman tiada dalam senarai sistem istiadat rasmi.
Sumber: Harian Metro, Instagram