Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Isu Guna Visa Pelancong, Malaysia Boleh Hilang Keistimewaan Jika Terus Langgar Peraturan

today15 May 2024

Background


Menurut laporan Berita Harian, Malaysia berdepan risiko hilang keistimewaan yang diberi kerajaan Arab Saudi jika secara berterusan melanggar undang-undang dan peraturan yang ditetapkan negara itu.

Ketua Rombongan Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman berharap agar rakyat Malaysia tidak menyalahgunakan visa pelancong untuk tujuan melaksanakan haji kerana ia akan mencalarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang menjaga peraturanΒ dan undang-undang.

“Setakat ini , rakyat Malaysia diberi keistimewaan untuk mengerjakan umrah menggunakan visa pelancong. Saya nasihatkan rakyat Malaysia sentiasa patuh dan ikut peraturan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

“Visa pelancong, visa umrah, visa perniagaan, visa pelajar dan sebagai semuanya tidak dibenarkan melaksanakan haji melainkan visa haji iaitu visa rasmi bagi setiap negara ataupun mujamalah kepada individu tertentu sahaja untuk menunaikan haji,” katanya.

Menurut Syed Salleh lagi, jelas…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post