
KOTA KINABALU: Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan berhubung rayuan kerajaan persekutuan terhadap kebenaran diperoleh Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) untuk meneruskan semakan kehakiman membabitkan isu hak 40% hasil Sabah.
Panel tiga hakim terdiri daripada Ravinthran N Paramaguru, Nazlan Ghazali, dan Choo Kah Sing menetapkan 24 Mei untuk pengurusan kes bagi menentukan tarikh keputusan selepas mendengar hujah semua pihak.
Kerajaan persekutuan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, pada 11 Nov 2022, yang memberi kebenaran kepada SLS meneruskan semakan kehakiman berhubung perkara itu bagi memaksa hasil persekutuan diperoleh daripada negeri itu dipulangkan seperti peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan dan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) serta Peguam Persekutuan V Krishna Priya @ Venugopal dan Fazriel…