Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Isu Ikan ‘Siakap’ Langkawi Berharga RM1196.80, Pemilik Restoran Ini Tampil Beri Penjelasan

today4 November 2021

Background


Menurut laporan, dia sendiri yang mengambil pesanan pelanggan terbabit dan memintanya untuk melihat ikan sebelum dimasak tetapi mereka tidak mahu berbuat demikian.

“Saya sudah mencadangkan kepada pelanggan itu supaya ambil ikan lain seperti siakap merah atau kerapu dengan saiz antara satu hingga 1.5 kilogram (kg), ia lebih sesuai untuk dijadikan hidangan,” kata pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa.

Katanya lagi, harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu restorannya iaitu RM16 bagi setiap 100 gram (g).

“Saya sudah terangkan kepada pelanggan berkenaan bahawa ikan yang dipesannya seberat kira-kira 7 kg itu tidak dijual tetapi dipelihara dalam sangkar untuk dijadikan tontonan pengunjung restoran,” ujarnya.

Norasyikin turut menafikan dia mengenakan caj tambahan bagi pembayaran menggunakan kad kredit seperti yang didakwa pelanggan terbabit.

Lihat posting dan kenyataan penuh yang dimuat naik oleh Norasyikin sendiri di bawah:

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post

Sukan

Pinjam along atau minta pada YB

Kuala Lumpur: Daripada pinjam dengan Along lebih baik minta duit dengan wakil rakyat. Itu penjelasan Pengurus Besar Perak FC, Azman Noh terhadap tindakannya yang meminta ‘derma’ atau sumbangan daripada wakil rakyat baru-baru ini untuk menampung perbelanjaan pasukan terbabit bagi menghabiskan baki saingan Piala Malaysia.

today4 November 2021