Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Isu Jalur Gemilang: Polis, KDN mula siasat Sin Chew

today16 April 2025

Background


sin chew copy china malaysia
Polis dan Kementerian Dalam Negeri menyiasat akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily kerana memaparkan ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit pada muka depan akhbar itu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Polis memulakan siasatan ke atas akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily atas kesilapan memaparkan ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit, semalam.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan perkara berkenaan.

“Ya, kita ada terima laporan polis dan kita buka siasatan,” katanya.

Menurutnya, siasatan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dibuka susulan tiga laporan diterima.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan berkata pihaknya sudah memanggil Sin Chew Daily pada hari ini bagi tujuan siasatan dan surat tunjuk sebab juga diserahkan.

Katanya, KDN memulakan siasatan serta merta mengikut Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters