Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Isu Kahwin, Tengku Mahkota Pahang Minta Rakyat Hormati Keputusan Dan Privasinya

today12 July 2024

Background


Menerusi posting yang dimuat naik di Instagram, @this.7, Tengku Hassanal Ibrahim meminta semua pihak menghormati keputusan dan privasinya berhubung hal peribadinya lebih-lebih lagi tentang soal perkahwinan.

“Sebagai seorang putera raja dan waris ganti Negeri, saya sangat menghargai keprihatinan dan minat yang ditunjukkan terhadap kehidupan peribadi saya oleh orang ramai.

“Namun, saya memohon agar keputusan dan privasi peribadi mengenai perkahwinan saya pada masa hadapan dapat dihormati.

“Saya percaya bahawa pilihan hidup yang penting seperti ini harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai bagi saya.

“Buat masa ini, saya komited untuk berkhidmat kepada Raja dan Negeri, dan akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

“Sokongan anda semua amat saya hargai. Terima kasih,” titahnya.

Dalam satu Instagram Stories yang dimuat naik, Tengku Hassanal menulis “No Wedding, takde (tak ada) kahwin” dan “Jangan kacau saya.”

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post