
PETALING JAYA: Isu pembangunan semula Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur, kini menjadi kritikal selepas projek itu dilapor ditangguhkan, kata Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Ghani.
“Ramai tidak faham isu sebenar membabitkan Kampung Sungai Baru,” kata wakil rakyat Umno itu kepada FMT.
Penduduk mungkin terpaksa menunggu satu dekad bagi melihat projek itu siap susulan arahan penangguhan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“Ini isu sangat kompleks berpunca kegagalan pemaju, wakil rakyat ketika itu dan Kementerian Wilayah untuk menyelaraskan projek pembangunan semula sebelum meminta penduduk berpindah pada 2019,” kata Johari.
Beliau mengulas laporan Malaysiakini berhubung arahan supaya projek pembangunan Kampung Sungai Baru ditangguhkan. Perkara itu disahkan Setiausaha Politik Anwar, Azman Abidin.
Johari berkata, pemaju terbabit harus…