Perkara itu mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika membuat lawatan mengejut ke maktab tersebut setelah menerima laporan mengenai pelajar yang mengalami keracunan makanan.
Selain tidak menjaga kebersihan kantin, kontraktor bertugas turut dikatakan tidak mematuhi menu yang telah ditetapkan oleh pihak asrama.
Dalam satu video yang tular di TikTok dengan lebih 4.9 juta tontonan, Dr Asyraf telah menghubungi kontraktor yang bertanggungjawab mengelola dewan makan iaitu seorang wanita dikenali sebagai Puan Mira.
Namun, Puan Mira dilihat tidak profesional dan memberikan jawapan sarkastik sehingga mencetuskan kecaman netizen.