
SUBANG JAYA: Sebuah rangkaian kedai bakeri kini membenarkan ucapan Krismas ditulis pada kek berikutan pengumuman kerajaan bahawa ia tidak menghalang kedai bakeri yang disahkan halal berbuat demikian.
Seorang pembantu kedai di Berry’s Cake House di Subang Jaya berkata syarikat itu menarik balik peringatan dikeluarkan kepada kakitangan supaya tidak menerima permintaan ucapan Krismas ditulis pada kek.
FMT berjaya membeli kek dengan ucapan “Merry Christmas” tertulis di atasnya.
Ketika ditanya mengenai larangan ucapan Krismas, pembantu kedai itu berkata dia terkejut apabila melihat pekeliling syarikat itu. “Kami telah melakukannya selama beberapa tahun dan tahun ini tiba-tiba kami tidak dibenarkan. Tetapi tidak mengapa, mereka telah menarik balik,” katanya.
Dia menambah: “Kita juga mempunyai (kek dengan…
