
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak perlu meletakkan jawatan sebagai menteri kewangan susulan kerugian pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat eFishery, kata Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin.
Beliau berkata, tuntutan Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden supaya Anwar berundur adalah tidak munasabah kerana tiada bukti menunjukkan perdana menteri terlibat secara langsung dalam keputusan pelaburan, campur tangan politik atau sebarang salah laku.
Sebaliknya, Chong daripada DAP berkata, kerugian RM163.4 juta itu berpunca daripada manipulasi kewangan yang disengajakan dan penyataan palsu oleh pengurusan eFishery.
“Menjadikan penipuan korporat antarabangsa ini sebagai satu lagi gimik politik untuk mendesak…