
PETALING JAYA: PKR akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Latiff Ahmad yang didakwa terlibat dalam isu skandal kapal tempur pesisir (LCS), esok.
Pengerusi Strategi PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, laporan tersebut akan dibuat di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
“Nama Ahli Parlimen Mersing itu dinyatakan terkait menerusi Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen dan juga Laporan Pengauditan Forensik baru-baru ini.
“Justeru, laporan SPRM yang akan dibuat itu tertumpu kepada kesalahan-kesalahan rasuah berdasarkan Seksyen 16, Seksyen 17(a), Seksyen 17(b), Seksyen 18 serta Seksyen 23 di bawah Akta SPRM 2009 yang membolehkan suruhanjaya berkenaan menjalankan siasatan.” katanya dalam…