Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Isu Lelaki Tular Tinggalkan Anak 2 Jam Demi Jumpa Skandal, Syifa Melvin Luah Rasa Marah – “Khianat Anak Bini!”

today27 November 2025

Background

Pelakon dan usahawan, Syifa Melvin meluahkan rasa berang selepas melihat tindakan seorang lelaki yang sanggup meninggalkan anak kecilnya selama dua jam semata-mata untuk bertemu skandal.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Syifa menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab dan mencalarkan nama keluarga sendiri.

“Plot twist betul, Allah SWT maha kuasa, buat dekat bini, tak selamat hidup awak!,” luahnya.

Dalam pada itu, Syifa turut mengecam sikap lelaki berkenaan yang bukan sahaja mengabaikan anak-anaknya, malah berani berlaku curang di belakang isteri.

“Sudahlah abaikan anak, otak letak dekat lutut (bukan meluah okay?). Memang geram, bangsa khianat anak bini ni, bangang!,” katanya.

Perkara itu di kongsi Syifa atau nama lengkapnya, Nur Syifa Atirah Amirul Melvin menerusi kapsyen di Instagram Story miliknya beserta tangkap layar sebuah portal hiburan.

Terdahulu, tular sebuah video pendek dari akaun Instagram milik Thomas Chen yang kelihatan sedang memarahi seorang lelaki yang didakwa meninggalkan dua anak lelakinya di pusat permainan kanak-kanak dalam keadaan lapar dan tanpa pengawasan.

Written by: Aqilah


Previous post