
KUALA LUMPUR: Kekecohan yang melibatkan rakyat Palestin yang ditempatkan di Wisma Transit, Kuala Lumpur dengan anggota keselamatan yang tular di media sosial baru-baru ini telah diselesaikan, kata duta Palestin.
Sambil melahirkan kekesalan terhadap insiden itu yang melibatkan dua wanita, Walid Abu Ali berkata ia tidak mencerminkan tingkah laku rakyat Palestin secara umum.
Menurut beliau, kakitangan kedutaan telah melawat pusat berkenaan dan bertemu pegawai keselamatan serta rakyat Palestin yang terlibat untuk menyelesaikan perkara itu.
“Saya mengecam apa yang berlaku, dan ia tidak sepatutnya berlaku lagi,” katanya.
Wisma Transit adalah kemudahan di bawah Kementerian Pertahanan (Kementah)yang digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk menyediakan penginapan.
Menurut Walid, individu terlibat bertindak secara emosi kerana kecewa tidak…