Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Isu lupus hutang peneroka Felda, Muhyiddin akan saman Anwar

today20 July 2023

Background


Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Anwar tidak layak kekal menjadi perdana menteri.

PETALING JAYA: Muhyiddin Yassin akan memfailkan saman fitnah terhadap Anwar Ibrahim berhubung dakwaan perdana menteri itu mengenai pelupusan RM8.3 bilion hutang peneroka Felda yang tidak dilaksanakan kerajaan Perikatan Nasional.

Muhyiddin berkata, dua dokumen yang dikemukakan Anwar awal hari ini bukan berkenaan pelupusan hutang peneroka, sebaliknya mengenai terbitan sukuk dan kredit pusingan kepada Felda.

Dakwanya, ini mencerminkan Anwar tidak layak kekal menjadi perdana menteri.

“Oleh kerana Anwar gagal mengemukakan permohonan maaf tanpa syarat dan secara terbuka kepada saya dalam tempoh 24 jam, sepertimana yang terkandung di dalam surat tuntutan peguam saya kepadanya, maka saya telah mengarahkan peguam saya untuk meneruskan tindakan saman fitnah ke atasnya,” kata Muhyiddin dalam kenyataan di Facebook.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post