
PUTRAJAYA: Polis akan bekerjasama dengan pihak berkuasa negeri bagi mengambil tindakan sesuai sekiranya kegiatan seorang lelaki dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’, didapati membawa ajaran bertentangan.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata lelaki warga Algeria itu masuk ke negara ini menggunakan pasport Perancis.
“Kalau aktiviti dia bersifat keagamaan dan kalau ada elemen pelanggaran terhadap apa-apa juga undang-undang atau enakmen negeri, pihak polis akan kerjasama dengan pihak berkuasa negeri mengambil tindakan yang sesuai kalau berlaku percanggahan.
“Dia juga disahkan masuk ke negara ini menggunakan pas sosial,” katanya pada sidang media di Kementerian Dalam Negeri.
Terdahulu, polis dilaporkan sedang memantau kegiatan Mawla Amin yang mengaku bahawa mempunyai jalur keturunan ke-38…
