
Bendahari PAS Iskandar Samad menyerahkan kepada umum untuk membuat kesimpulan berkait hantarannya di media sosial berkait ‘pengkhianatan’ dan ‘tunjuk warna sebenar’, tidak lama selepas wakil Bersatu mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perlis.
Ketua Bersatu Perlis Abu Bakar Hamzah mengangkat sumpah sebagai menteri besar ke-12, menggantikan Adun Sanglang Shukri Ramli daripada PAS yang meletak jawatan atas faktor kesihatan, Khamis lalu.
Sebelum ini, lapan Adun Perikatan Nasional (PN) iaitu lima Bersatu dan tiga PAS mengemukakan akuan berkanun (SD) yang memberitahu menarik balik sokongan terhadap Shukri.
Menerusi hantaran di media sosialnya, tidak lama selepas majlis angkat sumpah itu, Iskandar menulis: “I am not sad but glad coz now we know their true colours. Betrayal must not go unpunished.”
Versi terjemahan berbunyi:…